Sila log masuk terlebih dahulu.

Aidilfitri dua beradik yatim piatu macam hari biasa

21 April 2023 | Berita Semasa Video
A
A
A

BERITA SEMASA 21 APRIL 2023

Tiada pakaian baharu, apatah lagi hidangan istimewa untuk dinikmati pada hari raya, itulah yang terpaksa dilalui oleh pasangan adik beradik yatim piatu dari Kampung Slow Pok Long, Dabong di Kuala Krai, Kelantan, lapor wartawan Sinar Harian, Hazelen Liana Kamarudin.

Sejak kehilangan kedua ibu bapa iaitu Adi Roni dan Yusni Yusof dalam nahas jalan raya pada 2014 lalu, dua beradik itu terpaksa hidup berdikari walaupun usia mereka masih 'mentah' selain kadang kala menumpang kasih datuk dan nenek yang sudah tua.

Lebih menyedihkan lagi apabila mereka terpaksa berpisah dengan adik bongsu, Mohd Aliff Adi, 11, yang kini dijaga oleh keluarga sebelah bapa.

Muzik: "Sad Day" - Piano Royalty Free Music dari www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian