Operasi pembersihan pasca banjir fasa kedua di Selangor selesai

Ramli
Ramli
A
A
A

SHAH ALAM - KDEB Waste Management (KDEBWM) telah menyelesaikan sepenuhnya operasi pembersihan pasca banjir fasa kedua di lapan kawasan seliaan pihak berkuasa tempatan (PBT) di Selangor pada Khamis.

Pengarah Urusan KDEBWM, Ramli Mohd Tahir berkata, operasi tersebut melibatkan kawasan di Puchong iaitu Kampung Sri Aman, Kampung Tengah, Kampung Sungai Baru dan Kampung Kenangan, Kampung Sri Langkas serta Taman Kinrara.

Menurutnya, operasi pembersihan fasa kedua pasca banjir tersebut juga meliputi Subang Jaya, Taman Sri Muda, Seksyen 25, Shah Alam, daerah Hulu Langat dan Klang.

"Dengan selesainya pembersihan fasa kedua ini yang melibatkan pembersihan longkang, maka jadual kutipan sisa pepejal terus berjalan seperti biasa.

"Sebarang pertanyaan atau aduan berkenaan kutipan domestik dan pembersihan negeri di Selangor, pengguna boleh menghubungi talian bebas tol KDEBWM di 1-800-88-2824.

"KDEBWM bersama-sama kerajaan Selangor serta PBT akan terus memberikan segala usaha dan komitmen dalam mendepani sebarang kemungkinan yang berpotensi berlaku di Selangor," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Artikel Berkaitan: