Malaysia catat 15,941 kes jangkitan baharu Covid-19

KKM merekodkan 15,941 kes baharu Covid-19 pada Rabu menjadikan jumlah kumulatif kes 4,183,359. - Gambar hiasan
KKM merekodkan 15,941 kes baharu Covid-19 pada Rabu menjadikan jumlah kumulatif kes 4,183,359. - Gambar hiasan
A
A
A

SHAH ALAM - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merekodkan 15,941 kes baharu Covid-19 pada Rabu menjadikan jumlah kumulatif kes 4,183,359.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah berkenaan melibatkan 15,773 kes tempatan dan 168 kes import.

“Bagi pecahan daripada jumlah tersebut, sebanyak 7,474 kes atau 46.88 peratus daripada pesakit Covid-19 kategori satu, sementara 8,359 kes atau 52.44 peratus pesakit kategori dua.

“Bagi kategori tiga, terdapat 50 kes (0.32 peratus), kategori empat dengan 26 kes (0.16 peratus) dan bagi kategori lima adalah 32 kes (0.20 peratus)," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Mengulas lanjut, Dr Noor Hisham berkata, berdasarkan jumlah keseluruhan ,108 kes bagi pesakit kategori tiga hingga lima, 26 kes dilaporkan tidak divaksinasi atau belum lengkap mendapatkan pelalian berkenaan.

“45 kes pula sudah menerima dua dos vaksin Covid-19 tetapi tidak menerima dos penggalak. Sebanyak 37 kes pula telah menerima dos penggalak.

“Selain itu, 57 kes melibatkan mereka yang berumur 60 tahun ke atas manakala 63 kes lagi mempunyai komorbid dan tiada kes melibatkan ibu mengandung,” jelasnya.

Sementara itu, beliau berkata, satu kluster baharu direkodkan pada Rabu menjadikan jumlah keseluruhan kluster aktif sebanyak 207.

Artikel Berkaitan:

Jelas beliau, sebanyak 275 kes memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) dengan 121 daripadanya disahkan Covid-19 manakala kes disyaki, kemungkinan dan kes dalam siasatan pula adalah sebanyak 154," katanya.

“Sebanyak 168 kes dilaporkan memerlukan bantuan pernafasan dengan 77 kes disahkan Covid-19 dan 91 lagi kes disyaki, kemungkinan dan kes dalam siasatan,” katanya.

Dr Noor Hisham turut memaklumkan, negara merekodkan sebanyak 21,186 kes sembuh menjadikan jumlah kumulatif kepada 3,941,829 kes setakat ini.

Dalam masa sama, tiga negeri mencatatkan peratusan pengisian melebihi 50 peratus bagi katil kes kritikal atau ICU dengan Putrajaya mendahului sebanyak 67 peratus, diikuti Selangor (55 peratus) dan Kuala Lumpur (53 peratus).