Usaha cari wanita dibawa arus deras diteruskan

Jentera pengorek digunakan untuk mengalihkan sisa kayu dalam sungai. - Foto ihsan JBPM (Gambar kecil: Mariam)
Jentera pengorek digunakan untuk mengalihkan sisa kayu dalam sungai. - Foto ihsan JBPM (Gambar kecil: Mariam)
A
A
A

CAMERON HIGHLANDS - Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang warga emas, Mariam Bertampan, 62, yang dipercayai dibawa arus deras akibat banjir kilat dekat Kampung Sungai Ubi di sini pada Selasa bersambung pada Rabu.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Ismail Abdul Ghani berkata, pasukan pencari dibahagikan kepada tiga sektor pencarian mangsa tersebut.

Menurutnya, seramai enam anggota Balai Bomba dan Penyelamat BBP Cameron Highlands diketuai Ketua Bomba Zon Tiga, Shahrul Nizam Nasir selain menerima bantuan dari BBP Ringlet, BBP Kuala Lipis serta agensi lain iaitu polis, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) serta penduduk kampung dan Radio Amatur Cameron Highlands.

SAR hari ke-2 bersambung pada Rabu oleh pihak bomba bersama agensi lain serta penduduk kampung dan Radio Amatur Cameron Highlands. - Foto ihsan JBPM
SAR hari ke-2 bersambung pada Rabu oleh pihak bomba bersama agensi lain serta penduduk kampung dan Radio Amatur Cameron Highlands. - Foto ihsan JBPM

"Satu jentera pengorek digunakan untuk mengalihkan sisa kayu dalam sungai.

"Selain itu, pasukan K9 dalam perjalanan dari Triang ke lokasi kejadian," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Pihak bomba menerima panggilan mengenai kejadian tersebut pada jam 4.50 petang pada Selasa yang menyaksikan hujan lebat sewaktu kejadian kira-kira sejam.

Artikel Berkaitan: