KDN FC kecam insiden simbah asid terhadap Faisal Halim

Tangkap layar artikel berkaitan insiden yang menimpa Faisal Halim apabila disimbah asid pada Ahad.
Tangkap layar artikel berkaitan insiden yang menimpa Faisal Halim apabila disimbah asid pada Ahad.
A
A
A

KELANTAN Darul Naim FC (KDN FC) mengecam tindakan individu atau pihak tidak bertanggungjawab yang menyimbah asid ke atas pemain Selangor dan Kebangsaan Mohd Faisal Halim pada Ahad.

KDN menerusi satu kenyataan berkata, pihaknya sedih dengan insiden tersebut dan mahu perkara terbabit dibendung dengan kadar segera.

"Para pemain bola sepak serta atlet mana-mana sukan sekalipun adalah aset negara yang perlu dijaga.

"Mereka ini adalah individu yang akan mengharumkan nama Malaysia pada setiap kejohanan atau acara sukan yang disertai oleh negara kita," katanya.

Menurut KDN FC lagi, pasukan itu berharap pihak berkuasa Malaysia dapat melakukan siasatan terperinci dan mengambil tindakan tegas kepada mereka yang tidak bertanggungjawab ini agar kejadian sama tidak berlaku lagi kepada pemain bola sepak atau atlet sukan pada masa akan datang.

Ujarnya, KDN FC mendoakan agar segala urusan pemain yang cedera kerana serangan dipermudahkan dan semoga cepat sembuh dari segala kesakitan.

"Semoga pemain ini kembali berbakti kepada pasukan masing-masing dan memeriahkan semula Liga Malaysia yang akan bermula tidak lama lagi.

"KDN FC menyeru semua pemain bola sepak serta para atlet sukan untuk sentiasa menjaga diri serta melaporkan kepada pihak berkuasa dengan segera jika merasa tidak selamat atau terancam," katanya.

Artikel Berkaitan:

Media sebelum ini melaporkan, bintang Selangor FC dan skuad kebangsaan Faisal Halim dikhabarkan diserang oleh individu tidak dikenali sehingga badannya mengalami luka teruk selepas disembah asid.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!