Faisal Halim alami kelecuran tahap 2 - Exco Sukan Selangor

Laporan Sinar Harian.
Laporan Sinar Harian.
A
A
A

SHAH ALAM - Exco Belia, Sukan dan Keusahawanan Selangor, Mohd Najwan Halimi mengesahkan pemain Selangor FC dan kebangsaan Faisal Halim yang disimbah asid dalam satu insiden di sebuah pasar raya hari ini mengalami kelecuran tahap dua.

Beliau berkata, dalam kenyataan Penjaring Gol Tercantik Piala Asia itu yang kini dirawat di sebuah hospital dekat sini mengalami lecur pada beberapa bahagian tubuh iaitu pada sekitar leher, bahu, lengan dan dada.

Menurut Mohd Najwan, beliau telah berhubung dengan pihak pengurusan Selangor FC dan dimaklumkan pemain sayap kebangsaan itu berada dalam keadaan stabil.

Mohd Najwan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Kota Anggerik turut mengecam keras tindakan tersebut dan mahu pihak polis menjalani siasatan dan membawa pelaku ke muka pengadilan.

"Didoakan agar saudara Faisal diberikan kekuatan dan semangat dalam menghadapi musibah ini serta dikurniakan kesembuhan segera,” menurut kenyataan itu.

Terdahulu, media melaporkan Mohd Faisal cedera disimbah cecair dipercayai asid ketika pemain bola sepak kebangsaan itu berada di sebuah pasar raya terkemuka di Kota Damansara, Petaling Jaya, dekat sini. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan: