Pembiayaan Iran: Pegawai tinggi AS akan lawat Malaysia

Brian Nelson dijadualkan membincangkan tentang kebimbangan AS dan risiko sekatan akibat daripada aktiviti sedemikian. - Gambar hiasan 123RF
Brian Nelson dijadualkan membincangkan tentang kebimbangan AS dan risiko sekatan akibat daripada aktiviti sedemikian. - Gambar hiasan 123RF
A
A
A

WASHINGTON - Pegawai tertinggi sekatan Jabatan Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) akan mengadakan kunjungan ke Singapura dan Malaysia pada minggu depan.

Laporan Reuters memetik sumber dalaman mengesahkan tentang lawatan itu ketika Washington berusaha memerangi pembiayaan Iran dan kumpulan proksi mereka setelah timbul dakwaan terdapat peningkatan dalam pemindahan wang kepada Teheran dan proksinya termasuk Hamas melalui sistem kewangan Malaysia.

“Setiausaha Rendah untuk Keganasan dan Risikan Kewangan, Brian Nelson dijadualkan membincangkan tentang kebimbangan AS dan risiko sekatan akibat daripada aktiviti sedemikian,” jelas laporan Reuters.

Difahamkan, kunjungan itu diadakan setelah Jabatan Perbendaharaan AS kini memberi tumpuan terhadap isu pembiayaan pengganas di rantau Asia Tenggara termasuk melalui usaha mengumpul dana dan penjualan minyak Iran secara haram.

Pada Disember lalu, jabatan itu mengenakan sekatan terhadap empat syarikat berpusat di Malaysia selepas mendakwa ia menyokong penghasilan dron Teheran. - Agensi

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan: