Bayi perlu RM90,000 jalani pembedahan jantung

Muhammad Ariq Mikhail perlu menjalani pembedahan segera.
Muhammad Ariq Mikhail perlu menjalani pembedahan segera.
A
A
A

BUKIT MERTAJAM - Bayi berusia 25 hari memerlukan sumbangan RM90,000 daripada orang ramai bagi merawat masalah jantung yang dihadapinya.

Muhammad Ariq Mikhail Mohd Faizal perlu menjalani pembedahan segera susulan mempunyai kecacatan jantung sekali gus mengakibatkan oksigen tidak dapat dibekalkan ke seluruh badan.

Ibunya, Amirah Adibah Rejab, 37 berkata anak bongsu daripada lima beradik itu dikesan bermasalah ketika dia hamil lima bulan apabila doktor mendapati kandungan mempunyai masalah tulang belakang (slip disc) namun pemeriksaan Amniosentesis mendapati bayi selamat.

Menurutnya, ketika bersalin kepala bayi tidak berada dalam posisi yang betul sekali gus memerlukan saya bersalin secara pembedahan.

“Doktor mendapati tumbesaran tulang jari dan alat kelamin bayi tidak sempurna sebelum dia disahkan mempunyai kecacatan jantung yang mengakibatkan oksigen tidak dapat dibekalkan ke seluruh badan.

Muhammad Ariq Mikhail perlu menjalani pembedahan segera.
Muhammad Ariq Mikhail perlu menjalani pembedahan segera.

“Pembedahan segera perlu dilakukan untuk menyelamatkan nyawanya namun saya tidak mampu menanggung kos pembedahan berjumlah RM90,000,” katanya.

Amirah yang merupakan ibu tunggal berkata, dia hanya mengharapkan nafkah yang diberi oleh bekas suami selain perlu menjaga dua lagi anak berusia lima dan enam tahun.

Artikel Berkaitan:

Katanya, doktor menyarankan agar pembedahan anaknya segera dilakukan namun dia tidak mempunyai wang sebanyak itu dan meminta bantuan daripada daripada pertubuhan kebajikan, One Hope Charity and Welfare (One Hope Charity) bagi mengumpul dana kos perubatan buat anaknya.

Sementara itu, Pengerusi pertubuhan kebajikan, One Hope Charity, Datuk Chua Sui Hau berkata, pihak hospital mengesahkan Muhammad Ariq Mikhail kini bertarung nyawa susulan mempunyai masalah jantung.

“Pihak keluarga memberi kebenaran kepada kami untuk mengumpul kos perubatan dari orang awam sekali gus menguruskan rawatan bayi mereka,” katanya.

Sumbangan boleh disalurkan menerusi akaun bank One Hope Charity & Welfare 3201428817 (Public Bank) atau menerusi laman sesawang www.onehopecharity.org.

Orang ramai boleh menghubungi talian 016 419 2192, 019 232 2192 atau 04 539 9212 untuk maklumat lanjut.