Tiga kadar bayaran zakat fitrah di Kelantan

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

KOTA BHARU - Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) menetapkan tiga kadar bayaran zakat fitrah bagi tahun 2022 iaitu RM7, RM14 dan RM21.

Yang Dipertua MAIK, Tengku Tan Sri Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz berkata, pembayar zakat di negeri ini boleh memilih kadar tersebut berpandukan kepada harga beras dimakan mereka.

"Pembayaran zakat boleh dilaksanakan melalui perkhidmatan kaunter Baitulmal yang terdapat di masjid bandar atau jajahan," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Isnin.

Menurutnya, pembayaran juga boleh dilakukan menggunakan e-Zakat Payment di laman sesawang www.e-maik.my atau menerusi institusi perbankan yang dilantik sebagai ejen kutipan zakat bagi pihak MAIK.

Beliau berkata, Bank Islam Malaysia Berhad, CIMB, RHB, AmBank, Maybank, Bank Rakyat, Standard Chartered, Affin Bank Berhad, HSBC Bank Berhad, EON Bank Berhad, Al-Rajhi, Bank Muamalat Malaysia Berhad, Bank Simpanan Nasional, OCBC Al-Amin, dan Agrobank.

Tengku Temenggong Kelantan itu juga berkata, kadar nisab zakat harta bagi tahun 1443H/2022M telah ditetapkan sebanyak RM20,366 untuk haul antara Ramadan tahun 1443H hingga Ramadan tahun 1444H.

Katanya, MAIK amat mengharapkan kerjasama daripada semua pihak untuk mengambil maklum tentang ketetapan terkini itu.

“Bersama-sama kita menghidupkan Ramadan tahun ini dengan amalan soleh dan tanggungjawab berzakat sebagaimana difardukan.

Artikel Berkaitan:

"Saya bagi pihak MAIK mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadan al-Mubarak dan menunaikan ibadah zakat kepada semua umat Islam," katanya.