Bajet Perak 2019 diluluskan

Ahmad Faizal Azumu
Ahmad Faizal Azumu
A
A
A

IPOH - Dun Perak hari ini meluluskan Bajet Negeri 2019 berjumlah RM1.061 bilion selepas dibentang dan dibahas selama tiga hari bermula pada 27 November lalu.

Usul yang diluluskan di bawah Enakmen Perbekalan 2019 itu mendapat sokongan majoriti Adun selepas undian suara dibuat.

Sepanjang tiga hari berbahas, seramai 48 Adun terdiri daripada 19 Adun kerajaan, 28 Adun pembangkang dan seorang seorang Adun bebas.

Bajet dengan tema "Bersama Memaju Harapan" itu dibentangkan oleh Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

Semalam, kesemua 10 Exco Kerajaan Perak menggulung perbahasan Bajet Negeri Perak 2019 mengikut portfolio masing-masing.

Hari ini, Ahmad Faizal membuat penggulungan terakhir perbahasan Bajet Negeri Perak 2019 sebelum ia diluluskan.

Dalam pembentangan sebelum ini, daripada keseluruhan bajet itu, sejumlah RM771 juta diperuntukkan bagi anggaran perbelanjaan mengurus manakala RM400 juta lagi disediakan untuk perbelanjaan pembangunan.

[ARTIKEL BERKAITAN: Perak umum Bajet Negeri RM1.061b]

Artikel Berkaitan:

Bajet Negeri 2019 yang dibentang itu memberi fokus kepada lima tumpuan utama iaitu Mengukuhkan Ekonomi dan Kelestarian Sumber Negeri; Memacu Kesejahteraan dan Ekonomi Rakyat; Menggerakkan Revolusi Industri 4.0; Meluaskan Jaringan Strategik Pembangunan Negeri; dan Memastikan Perbelanjaan Mengikut Keperluan.