PSG sedia lepaskan Mbappe dengan nilai RM1.26 bilion

Mbappe - Foto AFP
Mbappe - Foto AFP
A
A
A

KYLIAN Mbappe akan dibenarkan meninggalkan Paris Saint-Germain (PSG) jika kelab itu menerima tawaran rekod dunia untuknya sebelum jendela perpindahan ditutup.

Menurut media antarabangsa, juara Ligue 1 itu bersedia untuk melepaskan penyerang itu jika mana-mana kelab membida £213 juta (RM1.26 bilion).

PSG tidak sanggup kehilangan Mbappe secara percuma apabila kontraknya tamat tahun depan.

Nilai itu sebenarnya telah dipersetujui dengan kelab dari Arab Saudi, namun Mbappe tidak mahu berpindah ke liga di Timur Tengah itu.

PSG hanya menanti kelab yang mahu membeli Mbappe dengan harga yang ditetapkan itu dan dalam masa sama akan cuba mempengaruhi pemain itu untuk menyambung kontrak bersama pasukan.

Real Madrid yang dikaitkan dengan pasukan yang mahu mendapatkan Mbappe sedar bahawa PSG mahukan rekod perpindahan dunia itu tetapi mereka tidak membalas dengan tawaran konkrit.

Mbappe juga mengelak daripada menyatakan secara terbuka dia mahu pergi dan sebaliknya berulang kali menegaskan akan terus kekal di Parc des Princes pada musim 2023-24.

Artikel Berkaitan: