Golongan lelaki diajak sertai Skuad Waja

Siti Zailah (dua dari kiri) menyampaikan sijil penghargaan kepada penerima semasa Program Semarak Skuad Waja Negeri Kelantan 2022 di AEON Mall, Kota Bharu pada Sabtu.
Siti Zailah (dua dari kiri) menyampaikan sijil penghargaan kepada penerima semasa Program Semarak Skuad Waja Negeri Kelantan 2022 di AEON Mall, Kota Bharu pada Sabtu.
A
A
A

KOTA BHARU - Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) mengalu-alukan golongan lelaki untuk menyertai Skuad Waja dalam usaha membendung isu keganasan terhadap wanita.

Timbalan Menterinya, Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff berkata, penyertaan golongan lelaki dilihat sesuatu yang positif dalam usaha memperkasakan skuad berkenaan.

"Skuad Waja yang ditubuhkan oleh KPWKM untuk semua dan tidak terhad kepada golongan wanita semata-mata.

"Jadi kita amat alu-alukan penglibatan seramai mungkin untuk menyertai skuad ini," katanya selepas merasmikan Program Semarak Skuad Waja Negeri Kelantan 2022 di AEON Mall di sini pada Sabtu.

Menurutnya, terbaharu KPWKM menyasarkan seramai 1 juta orang untuk menyertai skuad berkenaan dan sehingga kini lebih 100,000 telah menjadi ahli Skuad Waja di seluruh negara.

Beliau berkata, jumlah tersebut mampu dicapai hasil menerusi pelbagai program yang akan dirangka selepas ini.

Artikel Berkaitan: