MBMB peruntuk RM1.5 juta bangunkan Dataran 1Malaysia Klebang

Zainal menunjukkan cadangan pelan pembinaan semula gerai makanan di Dataran 1Malaysia Klebang.
Zainal menunjukkan cadangan pelan pembinaan semula gerai makanan di Dataran 1Malaysia Klebang.
A
A
A

MELAKA - Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) peruntukan sebanyak RM1.5 juta bagi membangunkan semula gerai makanan di Dataran 1Malaysia Klebang.

Datuk Bandar MBMB Datuk Zainal Abu berkata, pembangunan berkonsepkan moden dan kontemporari itu bakal melonjakkan ekonomi peniaga dalam keadaan lebih selesa.

Menurutnya, perancangan projek ini telah diadakan sejak dua tahun lalu dan kerja-kerja pembinaan akan bermula pada 26 Mei depan manakala dijangka beroperasi pada Disember tahun ini.

"Konsep kiosk kontemporari dua tingkat berasaskan kontena yang akan menggantikan konsep Kafe Bas sebelum ini.

"Keadaan akan lebih teratur dan tersusun paling penting tidak akan terkesan dengan air laut mahupun hujan kerana menggunakan lapisan komposit," katanya kepada pemberita di sini, pada Khamis.

Mengulas lanjut, Zainal berkata, hasil pembinaan kiosk dengan reka bentuk lebih moden dan segar itu bakal mengubah wajah keseluruhan Dataran 1Malaysia yang terkenal sebagai lokasi tumpuan pengunjung setiap hujung minggu.

"Sekali gus menyokong aspirasi kerajaan negeri yang sedang membangunkan Melaka Waterfront Exonomic Zone (M-WEZ) lebih-lebih lagi Klebang termasuk sebagai antara kawasan jajaran koridor ekonomi pesisir pantai itu," katanya.

Sinar Harian pada 15 Mac lalu melaporkan deretan bas lama yang menjadi kafe dan hotel di Pantai Klebang kini hanya tinggal nama selepas keadaan bas terpakai itu tidak lagi dimanfaatkan dan mencacatkan pemandangan.

Artikel Berkaitan:

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Klebang, Datul Mohd Yusof Abu berkata, malah kawasan yang tidak lagi diselia itu turut menjadi sarang penagih dadah dan maksiat.