Lelaki dikhuatiri lemas terjatuh dari bot

Seorang lelaki dikhuatiri lemas di pelantar ikan, Kampung Ulu Kuala Kedah, dekat sini selepas dipercayai terjatuh dari bot yang dilabuhkan berhampiran pelantar pada jam 6.21 petang Rabu. - Gambar hiasan
Seorang lelaki dikhuatiri lemas di pelantar ikan, Kampung Ulu Kuala Kedah, dekat sini selepas dipercayai terjatuh dari bot yang dilabuhkan berhampiran pelantar pada jam 6.21 petang Rabu. - Gambar hiasan
A
A
A

KUALA KEDAH - Seorang lelaki dikhuatiri lemas di pelantar ikan, Kampung Ulu Kuala Kedah, dekat sini selepas dipercayai terjatuh dari bot yang dilabuhkan berhampiran pelantar pada jam 6.21 petang Rabu.

Pemangku Ketua Zon 1 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba II Azhar Mohamad berkata, Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah menerima panggilan dari Balai Bomba Penyelamat (BBP) Jalan Raja memaklumkan kejadian tersebut.

Menurutnya, satu pasukan penyelamat dihantar ke lokasi.

"Setibanya dilokasi kejadian didapati benar seorang lelaki berusia 43 tahun disyaki lemas di dalam laut.

"Menurut pengadu, mangsa dipercayai terjatuh dari bot yang dilabuhkan berhampiran pelantar dan mangsa terkapai-kapai di bawah arus.

"Tindakan awal anggota penyelamat di lokasi melakukan 'surface searching' di kawasan jeti tersebut," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Mengulas lanjut, Azhar berkata, pasukan PPDA telah dimaklumkan dan mereka telah membuat persiapan jika diperlukan ke lokasi kejadian.

Artikel Berkaitan: