Mukim Klang catat kes Covid-19 tertinggi di Selangor

Gambar kecil: Hantaran JKNS di Facebook pada Rabu.
Gambar kecil: Hantaran JKNS di Facebook pada Rabu.
A
A
A

SHAH ALAM - Mukim Klang mencatatkan kes tertinggi Covid-19 di Selangor dengan 2,111 kes setakat jam 11.59 malam pada Selasa.

Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) dalam satu hantaran di Facebook pada Rabu berkata, jumlah itu adalah sebahagian daripada 7,452 kes di Selangor pada hari yang sama.

Menurut hantaran tersebut, ia meliputi 7,391 kes komuniti, 14 kes di penjara dan 47 kes import A.

“Berdasarkan jumlah kes Covid-19 di mukim Klang, daerah Klang merekodkan kes tertinggi dengan 1,538 kes, diikuti Kapar (558 kes) membabitkan 15 kes import.

“Mukim kedua mencatatkan kes Covid-19 tertinggi pada Selasa ialah Hulu Langat dengan 1,703 kes, diikuti Petaling (1,296); Gombak (1,050); Kuala Langat (643); Kuala Selangor (338) dan Sepang (170).

“Selain itu, mukim Hulu Selangor mencatatkan 116 kes manakala Sabak Bernam pula merekodkan 15 kes,” katanya.

Artikel Berkaitan: