Klip adegan panas: Zul Ariffin beri kerjasama bantu siasatan

Zul Ariffin
Zul Ariffin
A
A
A

KUALA LUMPUR - Pelakon, Zul Ariffin mengesahkan telah hadir ke ibu pejabat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) di Cyberjaya pada Selasa bagi membantu siasatan berhubung kes klip video adegan panas yang dikongsikannya sebelum ini.

Zul menerusi akaun Instagramnya memaklumkan beliau telah memberi kerjasama dalam membantu siasatan berkaitan kes tersebut.

"Hari ini, saya sudah memberikan kerjasama kepada SKMM berkaitan drama bertajuk Perempuan Itu," katanya.

Pada Selasa, Sinar Harian melaporkan SKMM memaklumkan satu laporan sahaja sudah cukup untuk agensi itu melaksanakan siasatan mengikut peruntukan prosedur undang-undang.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa menerusi akaun Twitter berkata, Zul disiasat di bawah Seksyen 233, Akta Komunikasi dan Multimedia (KMM) 1998.

Dalam hantaran yang sama, Annuar berkata, adegan seperti yang dipaparkan itu tidak akan dibenarkan untuk tayangan sama ada di bulan Ramadan atau bulan yang lain.

Artikel Berkaitan: