'Adegan panas itu adalah rakaman versi kedua'

Sinar Harian melaporkan klip adegan panas dalam drama itu turut mendapat teguran Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Datuk Idris Ahmad pada Sabtu.
Sinar Harian melaporkan klip adegan panas dalam drama itu turut mendapat teguran Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Datuk Idris Ahmad pada Sabtu.
A
A
A

SHAH ALAM - Klip adegan panas dalam sebuah drama dikongsi oleh pelakon, Zul Ariffin dan aktres Siti Hariesa dilaman Instagram milik kedua-duanya merupakan babak versi kedua yang dirakamkan untuk tujuan publisiti.

Memetik laporan mStar, pengarah drama, Ain Sharif berkata, adegan bocor itu merupakan rakaman kedua yang mungkin tidak ditayangkan di televisyen.

“Ya! Saya mengarahkan babak itu..adegan adalah scene director cut.

Apa yang netizen tonton itu rakaman second version jika sesuai untuk digunakan dan sekadar untuk tujuan publisiti.

“Saya tak tahu pula Zul akan berkongsi babak itu di Instagram. Saya pun terkejut bila dapat tahu orang bercakap tentang hal ini tapi benda pun dah jadi, sebagai pengarah saya bertanggungjawab,” katanya ketika dihubungi mStar.

Pada malam Jumaat, Instagram Zul diserang netizen selepas dia memuat naik babak panas drama lakonannya di laman sosial.

Video memperlihatkan Zul mendukung Siti Hariesa dari depan dianggap keterlaluan dan tidak sesuai untuk tayangan umum.

Malah video itu turut mendapat teguran Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Datuk Idris Ahmad pada Sabtu.

Artikel Berkaitan:

Dalam pada itu, Ain berkata sebagai pengarah dia hanya menjalankan amanah dan tanggungjawab sebaik mungkin bagi memastikan mesej dan jalan cerita drama sampai kepada penonton.

“Sebelum penggambaran pun kita dah bincang dan mereka setuju untuk lakonkan babak itu,” katanya.

Katanya, rakaman versi kedua dibuat untuk menjadikan drama lebih menarik dan terpulang kepada stesen televisyen sama ada untuk siarkan atau sebaliknya.

“Apa yang ditonjolkan dalam drama itu memang berlaku di sekeliling kita, saya sedar sesetengah babak agak sensitif untuk penonton tapi mereka kena tonton dahulu, fahamkan jalan cerita kerana banyak mesej positif dalam drama ini,” katanya.

Difahamkan, turut terpalit dengan kontroversi itu ialah penerbit drama, Erma Fatima.

Ain menjelaskan, babak drama berkenaan tidak ada kaitan dengan Erma Fatima.

“Dia penulis skrip dan saya memvisualkan karakter mengikut penulisan, semasa penggambaran dia banyak kali pesan jangan buat (aksi) daring sangat takut tak boleh boleh keluar televisyen.

“Dia tahu akan ada babak mereka bersama tapi tak jangka saya akan terjemahkan dalam bentuk begitu. Jadi netizen jangan kecam kak Erma kerana babak itu adalah arahan saya,” ujarnya.

Selain Ain, drama 30 episod ini turut diarahkan oleh pengarah terkenal Isma Yusof.

Drama lakonan Zul Ariffin, Mimi Lana dan Siti Hariesa itu akan ditayangkan pada bulan Ramadan ini di TV3.