MPHS nafi sewa tapak bazar Ramadan naik mendadak

MPHS masih mengenakan kadar sewa sama seperti tahun sebelumnya iaitu RM200 bagi setiap petak niaga. - Gambar hiasan
MPHS masih mengenakan kadar sewa sama seperti tahun sebelumnya iaitu RM200 bagi setiap petak niaga. - Gambar hiasan
A
A
A

SHAH ALAM - Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) menolak dakwaan presiden sebuah pertubuhan yang mendakwa harga sewa tapak bazar Ramadan meningkat hampir 100 peratus.

Yang Dipertuanya, Mohd Hasry Nor Mohd berkata, kenyataan itu tidak benar memandangkan MPHS masih mengenakan kadar sewa sama seperti tahun sebelumnya iaitu RM200 bagi setiap petak niaga.

"Kita turut mengenakan cagaran RM300 dan akan dikembalikan sekiranya tidak langgar syarat selain caj proses RM10 dengan jumlah bayaran keseluruhan RM510," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Beliau berkata, caj tambahan RM50 akan dikenakan bagi peniaga menghasilkan sampah yang banyak seperti peniaga air tebu, air kelapa, ikan bakar, ayam panggang dan seumpamanya.

"Caj yang dikenakan kepada peniaga akan digunakan bagi menampung kos pembersihan kawasan bazar tersebut bagi memastikan keselesaan peniaga dan pengunjung," ujarnya.

Sebelum ini, presiden sebuah pertubuhan mempersoalkan harga sewa tapak bazar Ramadan di daerah Hulu Selangor meningkat hampir 100 peratus berbanding ramadan sebelum ini.

Artikel Berkaitan: