Cadangan Indeks Perbelanjaan Penggunaan Peribadi perlu diteliti

Eddin Syazlee -Foto fail Bernama
Eddin Syazlee -Foto fail Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Penggunaan Indeks Perbelanjaan Penggunaan Peribadi sebagai tanda aras kadar inflasi negara memerlukan penelitian lanjut memandangkan pengumpulan data menerusi Indeks Harga Pengguna (IHP) hampir tepat.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Eddin Shazlee Shith berkata, kajian kadar inflasi dilakukan terhadap 28,000 premis, melibatkan 1,100 kakitangan untuk membuat tinjauan berdasarkan jenis barangan.

"Kalau kita hendak menetapkan sama ada sesuatu pendekatan itu sangat sesuai atau paling tepat, maka kita akan mendapatkan pemain-pemain lain dalam pendekatan menggunakan IHP,” katanya di Dewan Rakyat pada Selasa.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Datuk Ignatius Darell Leiking (Warisan-Penampang) yang ingin mengetahui jika kerajaan mahu mengubah IHP agar lebih menyeluruh serta cadangan mengguna pakai Indeks Perbelanjaan Penggunaan Peribadi bagi memastikan pengumpulan data turun naik harga barang yang lebih tepat.

Menjawab soalan asal Ignatius mengenai indikator semasa yang digunapakai oleh Jabatan Perangkaan Malaysia bagi mengkaji, menilai dan melaporkan turun naik harga barangan, Eddin menjelaskan, Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) mengeluarkan IHP secara bulanan sebagai salah satu indikator utama makroekonomi.

“Kutipan harga secara mingguan dibuat bagi barangan tidak tahan lama di pasar dan harga dipungut setiap hari Isnin dan Selasa minggu pertama dan ketiga setiap bulan.

“Kutipan harga bagi barangan lain seperti barangan tahan lama dan semi tahan lama pula dikutip sebulan sekali iaitu kebiasaannya pada 15 haribulan setiap bulan,” jelasnya.

Artikel Berkaitan: