TV3 pandang serius klip video adegan drama tular

Sinar Harian melaporkan klip adegan panas dalam drama itu turut mendapat teguran Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Datuk Idris Ahmad pada Sabtu.
Sinar Harian melaporkan klip adegan panas dalam drama itu turut mendapat teguran Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Datuk Idris Ahmad pada Sabtu.
A
A
A

SHAH ALAM - Sistem Televisyen Malaysia Berhad (TV3) menjelaskan adegan dalam klip video drama 'Perempuan Itu' yang tular di media sosial tiada dalam perbincangan atau mendapat kelulusan daripada pihak stesen televisyen itu.

Turut ditegaskan, perkara tersebut tidak sepatutnya berlaku kerana sebarang pengisian drama-drama tempatan perlu mengikut garis panduan yang ditetapkan.

"TV3 memandang serius dan mengambil berat akan suara dan pandangan orang ramai mengenai video petikan adegan daripada drama Perempuan Itu yang tular di media sosial.

"Adegan yang dipaparkan sememangnya tidak sesuai untuk disiarkan apatah lagi bagi tujuan promosi.

"Malahan adegan tersebut juga tiada dalam perbincangan atau mendapat kelulusan daripada pihak stesen.

"Perkara ini tidak sepatutnya berlaku kerana pengisian drama-drama tempatan perlu mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh Lembaga Penapisan Filem (LPF)," menurut TV3 dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Justeru dalam kenyataan sama, TV3 mengingatkan semua pihak termasuk produksi dan para pelakon supaya menjadi lebih peka kepada tindak-tanduk yang dilakukan serta menjaga sensitiviti agama dan masyarakat terutamanya dalam menjayakan mana-mana karya.

Media melaporkan pelakon popular, Zul Ariffin mencetuskan kontroversi apabila memuat naik video memaparkan beberapa babak panas dalam drama terbaharu lakonannya berjudul Perempuan Itu di Instagram, pada Sabtu.

Artikel Berkaitan:

Hantaran berkenaan mendapat kecaman hebat daripada netizen bahkan turut mendapat perhatian Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Idris Ahmad yang menyifatkan ia sebagai melampaui batas.

"Industri hiburan di Malaysia ini bukanlah perkara yang ingin saya halangi, tetapi jika mencemarkan fitrah dalam agama, saya tidak boleh membiarkan ia berlaku tanpa dinasihati.

"Saya akan menghubungi pihak yang terbabit untuk mendapatkan nasihat supaya perkara ini boleh ditegah dan diubah dengan hikmah,"katanya.