Kerajaan laksana program basmi miskin tegar

Ismail Sabri
Ismail Sabri
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kerajaan melalui Unit Perancang Ekonomi sedang melaksanakan Program Pembasmian Kemiskinan Tegar Keluarga Malaysia (BMTKM) yang bertujuan menghapuskan miskin tegar pada tahun 2025.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Unit Kemiskinan khusus ditubuhkan di Unit Perancang Ekonomi (EPU) di negeri dan daerah di seluruh negara menerusi agenda basmi kemiskinan.

"Saya mempengerusikan Jawatankuasa Pemandu (BMTKM) di peringkat Pusat bagi memantau perkembangan pelaksanaan program rintis yang dilaksanakan di 80 lokaliti di seluruh negara.

"BMTKM akan melibatkan kerjasama strategik dengan semua pihak, kerajaan negeri, kementerian, pemimpin setempat, universiti tempatan, pihak swasta dan pertubuhan masyarakat sivil (CSO)," katanya.

Beliau yang juga Naib Presidem UMNO berkata demikian ketika penggulungan perbahasan sempena Perhimpunan Agung UMNO di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) di sini pada Sabtu.

AKAN MENYUSUL

Artikel Berkaitan: