Pemandu kereta tular guna laluan motosikal ditahan

JSPT KL mengesan video yang dimuat naik seorang pengguna Facebook pada Jumaat mengenai sebuah kereta yang berada di laluan motosikal di Lebuh Raya Persekutuan berhampiran Wisma CIMB, Jalan Pantai Baharu, Kuala Lumpur.
JSPT KL mengesan video yang dimuat naik seorang pengguna Facebook pada Jumaat mengenai sebuah kereta yang berada di laluan motosikal di Lebuh Raya Persekutuan berhampiran Wisma CIMB, Jalan Pantai Baharu, Kuala Lumpur.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seorang lelaki yang tular memandu sebuah kereta di laluan motosikal di Lebuh Raya Persekutuan berhampiran Wisma CIMB, Jalan Pantai Baharu di sini ditahan pada Jumaat.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sarifudin Mohd Salleh berkata, pihaknya mengesan video berdurasi 30 saat memaparkan kejadian tersebut dimuat naik seorang pengguna Facebook sekitar jam 2.41 petang.

"Kenderaan yang terlibat adalah sebuah kereta jenis Honda Civic berwarna putih telah menggunakan lorong motosikal.

"Suspek dipercayai tidak perasan bahawa laluan tersebut merupakan laluan motosikal," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Beliau berkata, pada jam lebih kuran 6.30 petang, suspek seorang lelaki berusia 30 tahun berjaya dikesan dan diarahkan untuk hadir ke Balai Polis Trafik Kuala Lumpur dan suspek kemudiannya ditahan.

"Kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 42 ( 1 ) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

"Sebarang pertanyaan atau pun maklumat boleh menghubungi Balai Polis Trafik, Jalan Tun HS Lee di talian 03- 20719999 atau hotline JSPT Kuala Lumpur di talian 03-20260267/69 atau mana-mana balai polis berhampiran," ujarnya.

Artikel Berkaitan: