Desak Kak Long 7E mohon maaf secara terbuka

Jamaluddin dan Ahli Jawatankuasa persatuan tersebut, Fairuz Abdullah menunjukkan salinan laporan polis dibuat terhadap Kak Long 7E di IPD Seri Alam, Pasir Gudang, pada Jumaat.
Jamaluddin dan Ahli Jawatankuasa persatuan tersebut, Fairuz Abdullah menunjukkan salinan laporan polis dibuat terhadap Kak Long 7E di IPD Seri Alam, Pasir Gudang, pada Jumaat.
A
A
A

PASIR GUDANG - Persatuan Sokongan Kebajikan Wawasan Orang Kurang Upaya (OKU) Johor Bahru mendesak seorang wanita dikenali sebagai Kak Long 7E yang didakwa mempersendakan golongan OKU dalam satu video yang tular supaya memohon maaf secara rasmi dan terbuka.

Presiden persatuan tersebut, Jamaluddin Abdul Malik berkata, perbuatan wanita berkenaan keterlaluan dan mengguris hati golongan OKU.

"Kak Long 7E dilihat tidak menghiraukan sensitiviti golongan OKU dengan berbuat demikian. Dia perlu memadam 'posting' yang memaparkan video mempersendakan OKU dalam Facebook miliknya.

"Sekiranya Kak Long 7E masih tidak memohon maaf secara terbuka, kami akan memohon Senator Dewan Negara mewakili OKU, Datuk Ras Adiba Mohd Radzi untuk mengutarakan perkara ini kepada peringkat lebih tinggi," ujarnya.

Beliau yang juga Pengerusi OKU Negeri Johor berkata demikian selepas membuat laporan terhadap wanita berkenaan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seri Alam di sini pada Jumaat.

Tular sebelum ini video berdurasi 31 saat yang memaparkan wanita berkenaan melakukan mimik muka dan perwatakan memperlekehkan golongan OKU.

Laporan polis ini merupakan yang pertama di Johor dan ketiga dibuat terhadap wanita berkenaan selepas laporan polis lain di Subang Jaya dan Kuala Terengganu, sebelum ini.

Jamaluddin berharap, perkara tersebut menjadi pengajaran kepada mana-mana pihak dan masyarakat perlu menjaga hati dan tidak sewenang-wenangnya mempersendakan OKU.

Artikel Berkaitan:

Tambahnya, tiada OKU yang meminta dilahirkan dalam keadaaan tidak normal dan semua pihak perlu menghormati antara satu sama lain.