KWSP tidak pernah lantik pihak ketiga urus pengeluaran RM10,000

Iklan permohonan pengeluaran khas yang dikongsi di laman media sosial.
Iklan permohonan pengeluaran khas yang dikongsi di laman media sosial.
A
A
A

SHAH ALAM - Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) tidak pernah melantik mana-mana pihak ketiga untuk menguruskan permohonan pengeluaran khas RM10,000 yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Rabu.

Sehubungan itu, KWSP meminta pencarum agar berhati-hati dengan iklan permohonan pengeluaran khas itu yang dikongsikan di laman media sosial.

“Maklumat lanjut mengenai kaedah permohonan pengeluaran ini akan diumumkan dalam masa terdekat,” kata KWSP di Facebook pada Khamis bersama tangkap layar iklan berkenaan.

Kerajaan pada Rabu bersetuju membenarkan pengeluaran khas KWSP sebanyak RM10,000 sebagai jalan tengah dalam mengimbangi antara keperluan mendesak hari ini dan simpanan masa hadapan.

Bagaimanapun, Ismail Sabri merayu kepada pencarum supaya mengekalkan simpanan mereka kecuali keadaan benar-benar mendesak dengan membuat pertimbangan sewajarnya sebelum melakukan pengeluaran demi masa depan.

KWSP dalam satu kenyataan memaklumkan permohonan tersebut akan dibuka kepada ahli di bawah umur 55 tahun bermula 1 hingga 30 April depan dan pembayaran dibuat bermula 20 April.

Pengeluaran maksimum sebanyak RM10,000 dan minimum RM50 dengan mengeluarkan baki simpanan dalam Akaun Dua dahulu sebelum mengakses simpanan dalam Akaun Satu.

Artikel Berkaitan: