KWSP pastikan pengeluaran khas RM10,000 dipermudahkan: Tengku Zafrul

Tengku Zafrul
Tengku Zafrul
A
A
A

SHAH ALAM - Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan memastikan pengeluaran khas RM10,000 yang baharu diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dipermudahkan.

Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, perbincangan mengenai perkara tersebut juga telah selesai dilakukan.

“Saya baru habis berbincang dengan KWSP. Mereka akan memastikan agar pengeluaran khas KWSP ini dipermudahkan,” katanya dalam hantaran di Facebook pada Rabu.

Pada Rabu, kerajaan mengumumkan bersetuju membenarkan pengeluaran khas KWSP sebanyak RM10,000.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, perkara itu merupakan keputusan yang sukar kerana ia melibatkan simpanan hari tua rakyat.

Bagaimanapun katanya, pengeluaran khas itu adalah jalan tengah dalam mengimbangi antara keperluan mendesak hari ini dan simpanan masa hadapan.

Artikel Berkaitan: