Kes bunuh Irene Sofiya: Rakan sekelas akan didakwa pagi ini

Pelajar lelaki Tingkatan Empat akan didakwa di Mahkamah Majistret Batu Pahat pada Khamis atas tuduhan membunuh Irene Sofiya Mohd Khairool Faisal, 16, di sebuah sekolah menengah di Yong Peng awal bulan lalu.
Pelajar lelaki Tingkatan Empat akan didakwa di Mahkamah Majistret Batu Pahat pada Khamis atas tuduhan membunuh Irene Sofiya Mohd Khairool Faisal, 16, di sebuah sekolah menengah di Yong Peng awal bulan lalu.
A
A
A

BATU PAHAT - Pelajar lelaki Tingkatan Empat akan didakwa di Mahkamah Majistret di sini, pada Khamis atas tuduhan membunuh Irene Sofiya Mohd Khairool Faisal, 16, di sebuah sekolah menengah di Yong Peng awal bulan lalu.

Menurut sistem e-Kehakiman, pelajar lelaki berusia 16 tahun yang juga rakan sekelas Irene Sofiya itu dijadualkan didakwa di hadapan Majistret Mustaqim Sukarno pada jam 9 pagi.

Suspek bakal berdepan pertuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Difahamkan, arahan pertuduhan dibuat selepas kertas siasatan dirujuk kepada Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri Johor sebelum diserahkan kepada pihak pendakwaan untuk tindakan lanjut.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang pada 3 Oktober lalu, Irene Sofiya ditemukan tidak sedarkan diri dengan kecederaan parah pada badan dipercayai akibat dipukul menggunakan objek keras.

Irene Sofiya yang juga anak tunggal didapati tidak pulang ke rumah selepas kelas tambahan berakhir. Rakannya menemukan motosikal ditunggang Irene Sofiya di dalam sekolah.

Rakannya kemudian ke rumah datuk dan nenek Irene Sofiya di Kampung Parit Selamat, sebelum neneknya, Jameyah Rabani, 65, dan ibu saudaranya, Siti Nur Faeza Khyar, 45, serta rakan ke sekolah untuk mencarinya dan menemukan remaja itu dalam keadaan parah di dewan sekolah.

Susulan kejadian itu, polis menahan pelajar lelaki yang juga rakan sekelas Fiya bagi membantu siasatan. Suspek direman sejak 4 Oktober lalu dan tempoh remannya dijadualkan berakhir hari ini.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk M Kumar mendedahkan kecederaan trauma akibat objek tumpul di bahagian kepala disahkan sebagai punca kematian tragis Irene Sofiya.

Artikel Berkaitan:

 

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!