TMESA, KWAT lancar program jualan kurma, al-Quran

Ahli-ahli TMESA bergambar bersama selepas Majlis Pelancaran Jualan Kurma dan al-Quran di Bangunan Kumpulan Media Karangkraf, Seksyen 15, di sini pada Rabu.
Ahli-ahli TMESA bergambar bersama selepas Majlis Pelancaran Jualan Kurma dan al-Quran di Bangunan Kumpulan Media Karangkraf, Seksyen 15, di sini pada Rabu.
A
A
A

SHAH ALAM - Persatuan Bekas Pelajar Sekolah Menengah Tengku Mahmud (TMESA), Besut Terengganu melalui Koperasi Warisan Terengganu Berhad (KWAT) melancarkan program jualan kurma dan al-Quran bagi menjana dana untuk keperluan pembelajaran yang lebih komprehensif buat pelajar SMK Tengku Mahmud dan SK Tengku Mahmud.

Ahli Jawatankuasa (AJK) Biro Ekonomi dan Perniagaan TMESA, Datuk Amran Hussin berkata, kedua-dua sekolah kluster atau sekolah bertaraf tinggi tersebut memerlukan dana yang besar untuk mengekalkan tahap kecemerlangan pelajar.

Amran
Amran

“Pada minggu lepas, saya sendiri bertemu dengan wakil Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan pihak pengurusan sekolah untuk mendiskusikan hal ini.

“Disebabkan dana yang diperoleh daripada PPD adalah terhad, justeru alumni dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) perlu mencari inisiatif untuk bantu memberi sumbangan kepada pihak sekolah.

“Kami juga dimaklumkan jumlah kos yang tinggi diperlukan termasuk kos untuk peralatan komputer, pertukaran pendingin hawa dan membaik pulih papan putih untuk kemudahan pelajar,” katanya ketika Majlis Pelancaran Jualan Kurma dan al-Quran di Kompleks Karangkraf pada Rabu.

Mengulas lanjut mengenai jualan al-Quran, Amran turut menggalakkan agar pembeli menginfaq al-Quran yang dibeli kepada masjid, surau atau rumah kebajikan.

“Kami juga menggalakkan individu perseorangan untuk membeli al-Quran dengan harga diskaun yang kami tawarkan bergantung pada jenis produk,” ujarnya.

Artikel Berkaitan:

Rosalind
Rosalind

Sementara itu, Naib Presiden TMESA yang juga Setiausaha KWAT, Rosalind Ramli berkata, jualan kurma dan al-Quran akan dilaksanakan menerusi platform dalam talian serta secara fizikal.

“Setakat ini kami ada tujuh jenis kurma berkualiti tinggi seperti kurma ajwa, mabrun, safawi, mariami dan kurma tangkai yang dijual dalam pelbagai bungkusan.

“Pembeli yang berminat untuk mendapatkan kurma boleh melawati laman Facebook rasmi TMESA, di mana mereka dikehendaki mengisi borang yang dimuat naik di situ untuk permintaan pembelian.

“Setelah proses pembayaran disahkan oleh bendahari, barulah kita akan hantar produk kepada pembeli," katanya.