3,556 graduan bakal diraikan pada Majlis Konvokesyen UMP

Dr Mohd. Rosli bersama lima pelajar cemerlang yang diperkenalkan sebagai antara 37 penerima anugerah pada Majlis Konvokesyen UMP kali ke-15 di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah di sini bermula Khamis.
Dr Mohd. Rosli bersama lima pelajar cemerlang yang diperkenalkan sebagai antara 37 penerima anugerah pada Majlis Konvokesyen UMP kali ke-15 di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah di sini bermula Khamis.
A
A
A

KUANTAN - Seramai 3,556 graduan Universiti Malaysia Pahang (UMP) sesi 2020 bakal menerima ijazah dan diploma masing-masing pada Majlis Konvokesyen UMP kali ke-15 di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah di sini bermula Khamis hingga Ahad ini.

Daripada keseluruhan graduan diraikan itu, 234 daripadanya merupakan graduan doktor falsafah dan sarjana, 2,364 graduan sarjana muda dan diploma serta 958 graduan UMP ​Advanced.

Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Prof Ts Dr Mohd Rosli Hainin berkata, sesi pertama majlis konvokesyen itu akan berlangsung pada Khamis yang disempurnakan Pro Canselor UMP, Tan Sri Abi Musa Asaari Mohamed Nor.

Menurutnya, pada sesi itu, penganugerahan ijazah akan disampaikan kepada 533 graduan penerima ijazah sarjana dan ​kedoktoran.

"Pada masa sama seramai 37 graduan cemerlang bakal menerima anugerah ​kecemerlangan termasuk dua penerima Hadiah Buku dan tiga Hadiah Projek Sarjana Muda (PSM).

"Abi Musa juga akan ​menyampaikan ijazah kepada 563 graduan pada sesi kedua pada Jumaat, sesi ketiga melibatkan 506 graduan pada Sabtu, 534 graduan pada sesi keempat dan dan sesi kelima melibatkan 483 graduan," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar memperkenalkan penerima anugerah sempena Majlis Konvokesyen UMP Kali Ke-15 di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah di sini pada Rabu.

Turut hadir, Pengarah Pusat Pengurusan Akademik, Prof Madya Ts Dr Mohd. Shahrir Mohd Sani dan Pemangku Pendaftar, Hazmin Aris

Artikel Berkaitan:

Dr Mohd Rosli berkata, Naib Canselor UMP, Prof Datuk Ts Dr Yuserrie Zainuddin akan hadir untuk sesi keenam pada Ahad melibatkan 510 graduan UMP Advanced yang akan menerima ijazah Master Eksekutif.

"Pada sesi terakhir, seramai 448 graduan UMP Advanced akan menerima ijazah Bachelor Eksekutif dan Diploma Professional.

"Selain itu, seramai 45 graduan Diploma Profesional Pengurusan Bakat Berasaskan Kompetensi bakal bergraduasi hasil program kerjasama pusat pengajian sepanjang hayat UMP Advanced dan Akademi Kepimpinan Pendidikan Tinggi (AKEPT), Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)," katanya.

Beliau berkata, pada majlis konvokesyen kali ini, hanya graduan yang menerima ijazah dibenarkan berada di dalam dewan dan dihadkan antara 300 hingga 500 graduan bagi setiap sidang berlangsung.

Sementara itu katanya, UMP dijangka akan mengadakan tiga kali majlis konvokesyen tahun ini dimana pada Ogos untuk graduan sesi 2021 dan November bagi graduan sesi 2022.

Tambah beliau, setakat ini UMP telah melahirkan 33,573 graduan dalam pelbagai lapangan pengajian sama ada di peringkat prasiswazah mahupun pasca siswazah dengan kebolehpasaran graduan berjaya melepasi 96 peratus mendapat pekerjaan.