Shamsul Iskandar dipilih Naib Pengerusi PUIC wakili Asia

Shamsul Iskandar dipilih sebagai Naib Pengerusi Kesatuan Ahli-Ahli Parlimen Negara-Negara Anggota Pertubuhan Kerjasama Islam (PUIC) mewakili kumpulan Asia.
Shamsul Iskandar dipilih sebagai Naib Pengerusi Kesatuan Ahli-Ahli Parlimen Negara-Negara Anggota Pertubuhan Kerjasama Islam (PUIC) mewakili kumpulan Asia.
A
A
A

SHAH ALAM - Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin dipilih sebagai Naib Pengerusi Kesatuan Ahli-Ahli Parlimen Negara-Negara Anggota Pertubuhan Kerjasama Islam (PUIC) mewakili kumpulan Asia.

Shamsul Iskandar berkata, beliau yang mewakili Parlimen Malaysia telah dipilih menerusi mesyuarat PUIC kali ke- 47 yang berlangsung selama dua hari di Algeria berakhir Isnin.

Menurutnya, beberapa perkara turut dibangkitkan menerusi mesyuarat berkenaan antaranya krisis kemanusiaan dan pembantaian umat Islam Rohingya di mana pentingnya ahli-ahli Parlimen Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) bersatu untuk bertindak dengan segera.

“Selain itu turut dibangkitkan adalah pemerkasaan ekonomi dalam kalangan negara-negara OIC khususnya merancakkan lagi hubungan dua hala di kala dunia sedang berdepan dengan cabaran ekonomi selepas pandemik Covid-19 dan juga pencerobohan Rusia terhadap Ukraine.

“Serta, keperluan mendesak untuk memulakan diplomasi budaya di peringkat ahli-ahli parlimen OIC untuk ummah saling memahami di antara satu sama lain di dalam ikhtiar bersama mengangkat nilai-nilai Islam dan melawan keganasan,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Mesyuarat PUIC kali ke- 47 yang berlangsung selama dua hari di Algeria berakhir Isnin.
Mesyuarat PUIC kali ke- 47 yang berlangsung selama dua hari di Algeria berakhir Isnin.

Pada masa sama, beliau turut menyokong cadangan ahli-ahli Parlimen Turki yang telah memulakan inisiatif di bawah PUIC bagi menghulurkan bantuan dan tindakan segera kepada umat Islam yang menjadi kumpulan minoriti di negara-negara yang bukan OIC.

“Mereka bukan sahaja berdepan dengan cabaran dicabuli hak asasi mereka malah terpaksa berdepan dengan serangan masyarakat yang masih lagi terbelenggu dengan Islamophobia.

Artikel Berkaitan:

“Mesyuarat dua hari ini diakhiri dengan Deklarasi Algiers yang telah dipersetujui secara muafakat oleh ahli-ahli Parlimen negara-negara OIC yang hadir,” katanya.