Sila log masuk terlebih dahulu.

Tarekat Naqsyabandiyah Al-Aliyyah boleh diamal: Mufti Selangor

Anhar menjelaskan mana-mana tarekat boleh diamalkan dengan syarat ia tidak bertentangan dengan prinsip akidah dan syariat dalam kerangka Ahli Sunnah Wal Jamaah.
Anhar menjelaskan mana-mana tarekat boleh diamalkan dengan syarat ia tidak bertentangan dengan prinsip akidah dan syariat dalam kerangka Ahli Sunnah Wal Jamaah.
A
A
A

SHAH ALAM - Mufti Selangor, Datuk Dr Anhar Opir menyangkal dakwaan yang menyatakan Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor mahu menghidupkan ajaran sesat di negeri ini.

Beliau berkata, dakwaan itu adalah satu tuduhan berat serta mencemarkan kredibiliti institusi yang menjadi rujukan berkaitan hukum syarak di negeri ini.

Menurutnya, Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam (MKI) yang bersidang pada Ogos 2020 telah meminda keputusan muzakarah bertarikh 3 April 2000 mengenai kajian semula tarekat Naqsyabandiyah Al-Aliyyah Sheikh Nazim Al-Haqqani di negara ini.

"Muzakarah merumuskan dan berpandangan tarekat Naqsyabandiyah Al-Aliyyah boleh diamalkan oleh pengikutnya dengan syarat amalannya tidak bercanggah dengan prinsip akidah dan syariat dalam kerangka Ahli Sunnah Wal Jamaah," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Beliau menjelaskan, mana-mana tarekat boleh diamalkan dengan syarat ia tidak bertentangan dengan prinsip akidah dan syariat dalam kerangka Ahli Sunnah Wal Jamaah.

"Selain itu, dalam melaksanakan amalan tarekat, pengamal hendaklah memastikan tidak berlaku amalan dan perbuatan yang tidak bersesuaian dengan uruf setempat," katanya.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang ramai supaya mendapatkan maklumat tepat dan sahih sebelum menularkan sesuatu perkara.

Artikel Berkaitan: