Penjawat awam ditahan disyaki terima rasuah RM13,000

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

SHAH ALAM - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan seorang penjawat awam kerana dipercayai menerima wang suapan kira-kira RM13,000 daripada seorang individu.

Menurut sumber, lelaki berusia dalam lingkungan 30-an itu dipercayai melakukan perbuatan tersebut pada Jun 2020 sebagai balasan untuk tidak meneruskan siasatan dan melepaskan individu terbabit yang ditahan atas satu kesalahan jenayah.

"Suspek yang bertugas di sebuah daerah di Selangor itu ditahan di pejabat SPRM Selangor kira-kira jam 4 petang tadi," katanya.

Sementara itu, Pengarah SPRM Selangor, Datuk Alias Salim ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan memaklumkan kes disiasat di bawah Seksyen 17 (a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.

Suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret, Shah Alam, Selangor pada jam 9 pagi Selasa untuk permohonan reman.

Artikel Berkaitan: