Pengerusi BN dititah menghadap Sultan Johor

Ahmad Zahid tiba di Pejabat Perhubungan UMNO Johor di Jalan Yahya Awal, pada Isnin.
Ahmad Zahid tiba di Pejabat Perhubungan UMNO Johor di Jalan Yahya Awal, pada Isnin.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dititahkan untuk menghadap Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar pada Isnin.

Sumber BN berkata, Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO bertolak dari Kuala Lumpur pada jam 11 pagi tadi menaiki kereta, selepas menerima titah daripada Sultan Ibrahim.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid dilihat tiba di Pejabat Perhubungan UMNO Johor di Jalan Yahya Awal pada jam 2.30 petang Isnin.

Ahmad Zahid dilihat meninggalkan pekarangan Pejabat UMNO Johor kira-kira jam 2.50 petang.

Artikel Berkaitan: