Beri peluang kesihatan awam stabil sebelum PRU diadakan: Khairy

Khairy (dua kiri) ketika merasmikan program berkenaan pada Ahad.
Khairy (dua kiri) ketika merasmikan program berkenaan pada Ahad.
A
A
A

SEREMBAN - Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berpendapat keadaan kesihatan awam perlu stabil terlebih dahulu sebelum Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) diadakan dalam tempoh terdekat.

Beliau berkata, walaupun negara telah masuk ke fasa peralihan endemik tidak bermaksud pandemik sudah tamat kerana semua pihak masih perlu berhati-hati.

"Sempadan negara dibuka, saf (solat jemaah) boleh dirapatkan, had maksimum kapasiti dimansuhkan tetapi itu bukan bermaksud kita boleh buat apa sahaja dan kita tahu kalau kita buat PRU ia adalah satu aktiviti melibatkan orang ramai.

"Kita baru selesai di Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, saya lebih suka tunggu sehingga keadaan kesihatan awam kita stabil barulah kita boleh melihat akan PRU," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas selesai Program Khidmat Komuniti sempena sambutan Hari Pembantu Perubatan di Senawang pada Ahad.

Media pada Sabtu melaporkan, laungan bubar Parlimen bersahutan selepas Barisan Nasional (BN) memenangi PRN Johor.

Khairy turut berpandangan, belum ada keperluan PRU diadakan kerana situasi itu berbeza dengan PRN Johor.

"Di Johor kita tidak ada pilihan, dah tak ada majoriti dan kerajaan itu sangat rapuh. Saya nampak kerajaan Persekutuan ada perjanjian sehingga Julai tiada keperluan mendesak kerana kerajaan stabil tidak akan tumbang, undang-undang dapat diluluskan di Parlimen.

Artikel Berkaitan:

"Daripada sudut kesihatan awam saya nampak boleh kita tunggu sehingga keadaan bertambah stabil. Jangan mengundang perkara yang tidak perlu diadakan semata-mata kita nampak peluang politik.

"Perkara lebih penting adalah kesihatan awam, pemulihan negara. Baru nak buka sempadan. Saya rasa bagilah peluang keadaan bertambah stabil," katanya.