Bubar! Bubar! Bubar! Penyokong BN mahu PRU15 disegerakan

Sorakan bubar! bubar! bubar! bergema di Pejabat Badan Perhubungan UMNO Johor.
Sorakan bubar! bubar! bubar! bergema di Pejabat Badan Perhubungan UMNO Johor.
A
A
A

SHAH ALAM - Kemenangan bergaya Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dengan majoriti dua pertiga pada Sabtu, mendorong akar umbi parti itu mendesak Parlimen dibubarkan.

“Bubar! Bubar! Bubar!” jerit sebilangan penyokong apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berjalan menghampiri mereka di Pejabat Badan Perhubungan UMNO Johor, sebentar tadi.

Difahamkan, Ismail Sabri berada di sana bagi menyertai beberapa pemimpin kanan UMNO bagi memantau proses penjumlahan undi dan meraikan kemenangan BN.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan dan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan sudah berada di sana sejak jam 5 petang bagi memantau keputusan pengundian.

Sorakan bubar parlimen itu berterusan dilakukan oleh akar umbi BN yang berada di situ, bagi mendesak pemimpin BN menyegerakan Pilihan Raya Umum Ke-15.

Artikel Berkaitan: