Piala FA: Sabah mara pusingan kedua

Pemain Sabah, Taesu Park (kiri) cuba melepasi dua pemain pertahanan Respect FC dalam perlawanan pusingan pertama Piala FA di Stadium Likas, pada Sabtu. Foto Bernama
Pemain Sabah, Taesu Park (kiri) cuba melepasi dua pemain pertahanan Respect FC dalam perlawanan pusingan pertama Piala FA di Stadium Likas, pada Sabtu. Foto Bernama
A
A
A

SABAH FC menepati ramalan awal untuk mara ke pusingan kedua Piala FA selepas menewaskan pasukan Liga M3, Respect FC 2-0 dalam perlawanan pusingan pertama di Stadium Likas, pada Sabtu.

Bagaimanapun The Rhinos pimpinan Datuk Ong Kim Swee itu terpaksa menunggu babak kedua sebelum dapat merobek gawang pasukan pelawat hasil jaringan Ummareng Bacok (50') dan Nazirul Naim Che Hashim (85').

Biarpun tampil dengan status pasukan tahap tiga, namun rangkaian penyudah Respect FC tetap memberi ancaman terhadap gawang tuan rumah yang dikawal Damien Lim dengan beberapa percubaan berbahaya.

Artikel Berkaitan: