BN menang PRN Johor

Pemimpin tertinggi BN meraikan kemenangan parti tu dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor apabila menang 29 daripada 56 kerusi DUN, malam ini.
Pemimpin tertinggi BN meraikan kemenangan parti tu dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor apabila menang 29 daripada 56 kerusi DUN, malam ini.
A
A
A

JOHOR BAHRU - [DIKEMAS KINI] Barisan Nasional (BN) mendapat kemenangan selesa melebihi majoriti dua pertiga apabila berjaya memperoleh 40 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dipertandingkan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-15.

Menerusi keputusan rasmi dikeluarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Pakatan Harapan berjaya memenangi 11 kerusi, diikuti Perikatan Nasional (PN) tiga, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) masing-masing satu kerusi.

Abdul Ghani (tengah) ketika sidang media di Pusat Media SPR di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada pada Sabtu.
Abdul Ghani (tengah) ketika sidang media di Pusat Media SPR di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada pada Sabtu.

Dalam pada itu, Pengerusi SPR, Datuk Abdul Ghani Salleh berkata, seramai 1,426,573 atau 54.92 peratus pengundi telah keluar mengundi pada PRN Johor kali ini.

"Jumlah tersebut meliputi jumlah pengundi biasa, pengundi awal dan pengundi pos yang telah mengundi," katanya pada sidang media di Pusat Media SPR di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada, di sini pada pagi Ahad.

Artikel Berkaitan: