Jangan buat pembelian panik kit ujian kendiri

Orang ramai diingatkan supaya tidak melakukan pembelian panik kit ujian kendiri Covid-19 bagi mengelakkan kekurangan produk itu di pasaran. - Gambar hiasan
Orang ramai diingatkan supaya tidak melakukan pembelian panik kit ujian kendiri Covid-19 bagi mengelakkan kekurangan produk itu di pasaran. - Gambar hiasan
A
A
A

SHAH ALAM – Orang ramai diingatkan supaya tidak melakukan pembelian panik kit ujian kendiri Covid-19 bagi mengelakkan kekurangan produk itu di pasaran.

Presiden Persatuan Perubatan Malaysia (MMA), Dr Koh Kar Chai berkata, apa yang berlaku ketika ini ialah ramai yang terlalu paranoid untuk melakukan ujian kendiri hingga menyebabkan mereka membeli kit ujian dalam jumlah yang banyak.

“Lakukan ujian bila perlu atau berada dalam keadaan berisiko, tidak perlu buat ujian kendiri setiap hari,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Kar Chai berkata, ujian kendiri juga boleh dibuat sebelum menghadiri majlis terutama yang melibatkan golongan warga emas ataupun berisiko boleh dijangkiti virus itu.

“Bagi mengelak kebolehjangkitan virus Omicron, paling penting sentiasa menjaga prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan setiap masa bagi mengelak jangkitan terus merebak,” ujarnya.

Artikel Berkaitan: