Jangan ambil mudah, negara musnah kerana rasuah

Mohamad Riadz memanfaatkan hari terakhir berkempen bersama seorang peniaga di Larkin, Johor.
Mohamad Riadz memanfaatkan hari terakhir berkempen bersama seorang peniaga di Larkin, Johor.
A
A
A

LARKIN - Rasuah akan terus berlaku selagi mana sistem kapitalis total diamalkan dan dijadikan cara mencapai kemewahan menerusi jalan mudah, kata calon Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Larkin, Mohamad Riadz Mohammad Hashim.

Menurutnya, amalan rasuah boleh ditentang dan ditangani kerana ia bermula daripada diri sendiri namun isu tersebut tidak boleh dipandang ringan.

"Kemewahan dan kekayaan menjadi bahan ukur sebuah kejayaan bagi seseorang individu di dalam komunitinya mahupun di peringkat negara.

"Semua ini bergantung penuh pada rakyatnya. Jangan menuduh atau menuding jari ke atas pemimpin negara sedangkan kita sendiri mengamalkan sogokan duit kopi dan wang pelincir.

"Maka rakyat sendiri perlu menolaknya secara total. Rakyat sendiri mahukan negara berkasih sayang seperti yang dibuktikan ketika waktu pandemik di mana kita melihat #kitajagakita #kitamampu #rakyatjagarakyat menjadi fenomena luar biasa rakyat Malaysia ketika itu," katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.

Mohamad Riadz berkata, kembara dirinya ke 97 buah negara dan menetap di 33 negara membolehkan dia menyaksikan sendiri kehancuran akibat perbuatan jijik rasuah.

Katanya, dia telah melihat kehancuran terhadap tiga buah negara yang pada mulanya mengambil ringan amalan rasuah.

Mengulas lanjut, Mohamad Riadz berkata, contoh terbaik negara yang berhadapan isu rasuah kritikal adalah Indonesia dan negara jiran tersebut boleh dianggap mirip Malaysia.

Artikel Berkaitan:

Namun katanya, sejak reformasi Indonesia pada hujung 1990-an, negara jiran itu meletakkan Komisi Pemberantasan Korupsi Republik Indonesia (KPKRI) ke atas Presidennya sendiri.

Tegasnya, KPKRI berkecuali dalam semua bentuk penguat kuasa dan pemerintah.

Menurutnya, hukuman kepada perasuah dan penerima rasuah adalah sangat rancak, menyaksikan ramai menteri yang telah masuk ke dalam penjara.

Sejak pelaksanaan itu katanya, boleh dilihat sikit demi sedikit, Indonesia bertambah makmur daripada isu rasuah, malah pelaburan asing meningkat setiap tahun.