88 usahawan dibantu dengan pinjaman RM100,000

Noh bersama-sama penerima Anugerah Usahawan Tekun Berjaya dan Anugerah Usahawan Tekun Setia di Kompleks Tan Sri Mohamad Rahmat, Tampoi, Johor Bahru, pada Khamis
Noh bersama-sama penerima Anugerah Usahawan Tekun Berjaya dan Anugerah Usahawan Tekun Setia di Kompleks Tan Sri Mohamad Rahmat, Tampoi, Johor Bahru, pada Khamis
A
A
A

JOHOR BAHRU - Seramai 88 usahawan industri kecil dan sederhana (IKS) di seluruh negara dibantu Tabung Kumpulan Usahawan Niaga (Tekun) Nasional menerusi Program Groom Big yang diadakan sejak tahun lalu.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Tan Sri Noh Omar berkata, setakat ini menerusi program tersebut nilai keseluruhan pinjaman yang telah diluluskan mencecah RM11 juta.

Menurutnya, program itu membantu usahawan mendapatkan pinjaman secara automatik daripada institusi pinjaman lain seperti Permodalan Nasional Berhad (PNB), SME Bank dan Bank Kerjasama Rakyat Berhad.

"Tekun Nasional hanya boleh memberikan pinjaman tidak lebih lebih RM100,000, namun jika usahawan mahu membuat pinjaman RM500,000 atau RM1 juta untuk mengembangkan perniagaan, mereka boleh membuat pinjaman dengan institusi lain.

"Program Groom Big ini menggalakkan usahawan meminjam kepada institusi lain, dasar kita mudah, mana-mana usahawan yang disahkan dan disokong oleh pihak pengurusan Tekun Nasional, usahawan ini secara automatik diberikan pinjaman dengan institusi berkenaan.

"Menerusi program itu usahawan dibantu mendapatkan pinjaman secara automatik daripada institusi pinjaman lain seperti Permodalan Nasional Berhad (PNB), SME Bank dan Bank Kerjasama Rakyat Berhad," katanya pada sidang media selepas majlis ramah mesra bersama usahawan Tekun Nasional di Kompleks Tan Sri Mohamad Rahmat, Tampoi di sini pada Khamis.

Dalam program itu, 12 usahawan kecil dan sederhana menerima Anugerah Usahawan Tekun Berjaya dan Anugerah Usahawan Tekun Setia.

Mengulas lanjut, Noh berkata, program tersebut pada awalnya menyasarkan 100 peserta sahaja dan kini dibuka kepada semua usahawan yang layak serta mendapat pengesahan status lima bintang daripada Tekun Nasional.

Artikel Berkaitan:

Usahawan berstatus lima bintang yang menerima anugerah pencapaian terbaik Tekun Nasional juga layak menyertai program itu, katanya.

"Mana-mana usahawan yang telah diberikan moratorium, tapi mereka tak ambil dan terus membuat pembayaran bulanan pinjaman seperti biasa, mereka ini juga dikategorikan sebagai usahawan lima bintang.

"Mereka ini layak untuk menambah pinjaman dalam program Groom Big dan akan diberikan keutamaan," katanya.