Tiga mangsa dikhuatiri masih tertimbus, seorang berjaya dikeluarkan

Keadaan di sekitar tanah runtuh
Keadaan di sekitar tanah runtuh
A
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Tiga individu dipercayai tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Jalan Teratai, Taman Bukit Permai di Ampang, di sini lewat petang Khamis.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Norazam Khamis berkata, seorang mangsa berjaya ditemukan jam 6.54 petang manakala tiga masih tertimbus.

"Mangsa yang ditemukan dalam keadaan selamat dan hanya alami cedera ringan manakala tiga lagi status tidak pasti," katanya.

Norazam Khamis berkata, mangsa dipercayai membabitkan penghuni di dalam rumah dan pekerja binaan berhampiran.

"Mangsa terbabit dipercayai melibatkan penghuni di dalam rumah dan pekerja binaan yang menjalankan kerja di kawasan berhampiran rumah tersebut," katanya.

"Maklumat lanjut kita akan maklumkan kemudian," katanya.

Artikel Berkaitan: