Empat mangsa dikhuatiri tertimbus

Keadaan di sekitar tanah runtuh
Keadaan di sekitar tanah runtuh
A
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMASKINI] Empat mangsa dikhuatiri tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Jalan Teratai, Taman Bukit Permai di Ampang pada lewat petang Khamis.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, mangsa dipercayai membabitkan penghuni di dalam rumah dan pekerja binaan berhampiran.

Bagaimanapun, beliau berkata, maklumat lanjut akan dimaklumkan kemudian dan kerja-kerja mengeluarkan mangsa terbabit sedang giat dijalankan.

"Kita menerima panggilan pada jam 5.54 petang dan saya dimaklumkan ada beberapa orang dilaporkan cedera dan maklumat awal ada empat mangsa.

"Mangsa terbabit dipercayai melibatkan penghuni di dalam rumah dan pekerja binaan yang menjalankan kerja di kawasan berhampiran rumah tersebut.

"Maklumat lanjut kita akan maklumkan kemudian," katanya dihubungi Sinar Harian pada Khamis.

Keadaan di sekitar tanah runtuh
Keadaan di sekitar tanah runtuh

Artikel Berkaitan: