Penduduk Kampung Tersang terima bantuan MAIK

Tengku Muhammad Rizam (kiri) menyampaikan bantuan kepada mangsa yang terlibat di kawasan Kampung Tersang di sini pada Selasa.
Tengku Muhammad Rizam (kiri) menyampaikan bantuan kepada mangsa yang terlibat di kawasan Kampung Tersang di sini pada Selasa.
A
A
A

PASIR MAS - Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) menyampaikan sumbangan lebih RM46,000 dalam misi membantu mangsa banjir yang terjejas di Kampung Tersang, Rantau Panjang pada Selasa.

Yang Dipertua MAIK, Tengku Temenggong Kelantan, Tan Sri Tengku Muhammad Rizam Tengku Aziz berkata, sumbangan fasa pertama itu membabitkan 36 keluarga di Kampung Tersang yang menerima wang tunai RM1,000 dan barangan keperluan asas RM300.

Menurut beliau, walaupun tidak menyediakan tabung khas banjir, namun MAIK membantu rakyat yang memerlukan bagi memastikan mereka dapat meneruskan kehidupan.

'Selepas ini bantuan susulan melalui Ketua Jajahan, imam, penggawa dan penghulu di setiap kawasan bagi memudahkan bantuan dikoordinasikan," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan itu pada Selasa.

Muhammad Rizam memberitahu, banjir yang berlaku akhir Februari lalu menjejaskan ramai penduduk sehingga ada yang kehilangan rumah.

"Banjir kali ini luar biasa tetapi kita boleh tanganinya dengan baik melalui bantuan pelbagai agensi," katanya.

Sementara itu, dalam perkembangan sama, Datuk Mumtaz juga memberitahu, kerajaan negeri juga menyediakan bantuan kepada mereka yang terkesan terutama yang berdaftar melalui Pusat Pemindahan Sementara (PPS).

Artikel Berkaitan: