1.14 juta kes baharu Covid-19 seluruh dunia dalam sehari

Jumlah kes positif yang direkodkan seluruh dunia kini sebanyak 447 juta kes.Foto 123RF
Jumlah kes positif yang direkodkan seluruh dunia kini sebanyak 447 juta kes.Foto 123RF
A
A
A

TERDAPAT pertambahan 1.14 juta kes positif Covid-19 direkodkan di seluruh dunia dalam tempoh 24 jam lepas menjadikah jumlah kes positif yang direkodkan adalah sebanyak 447 juta kes.

Data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat masih kekal negara paling teruk terjejas dengan lebih 79 juta kes, diikuti India dan Brazil dengan masing-masing merekodkan 42.9 juta kes serta 29 juta.

Negara yang melepasi angka 23 juta kes adalah Perancis. United Kingdom pula melebihi 19 juta, Rusia dengan 16 juta kes, manakala Jerman, Turki, Itali dan Sepanyol angka 10 juta.

Di Asia Tenggara, Indonesia kekal merekodkan jumlah kes positif tertinggi dengan lebih 5.7 juta, diikuti Filipina melebihi 3.6 juta, Malaysia 3.6 juta dan Thailand dengan 3 juta kes.

Manakala Singapura melebihi 846,000 kes.

Sementara itu, berdasarkan data Johns Hopkins University, terdapat pertambahan lebih 3,000 kes korban direkodkan dalam tempoh 24 jam lepas.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian akibat Covid-19 global kini mencecah 6 juta kes.

Amerika Syarikat merekodkan jumlah kematian tertinggi melebihi 959,000 kes.

Artikel Berkaitan:

Ini diikuti Brazil dengan lebih 652,000 kes, India lebih 515,000 kes dan Rusia lebih 349,000 kes.

Sementara Mexico kini catat lebih 319,000 kematian, manakala United Kingdom, Itali, Perancis, Jerman dan Sepanyol pula merekodkan lebih 100,000 kes kematian.

Bagi Asia Tenggara, Indonesia mendominasi angka kematian dengan lebih 150,000 kes korban, Filipina di tangga kedua korban tertinggi dengan lebih 57,000 diikuti Malaysia dengan 33,000 kes.

Manakala Thailand dengan lebih 23,000 angka korban. - Awani

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!