Litar pintas mungkin punca eskalator LRT Ampang Park terbakar

Kejadian kebakaran memusnahkan kemudahan eskalator di Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Ampang Park Jalan Ampang pada Isnin.
Kejadian kebakaran memusnahkan kemudahan eskalator di Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Ampang Park Jalan Ampang pada Isnin.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Eskalator di Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Ampang Park Jalan Ampang di sini terbakar dalam kejadian awal pagi Isnin.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 5.16 pagi.

"Sepasukan polis kereta peronda (MPV) digerakkan ke lokasi. Anggota Bomba dan Penyelamat telah memadamkan api.

"Kebakaran itu menyebabkan kerosakan pada eskalator dan bumbungnya," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Noor Dellhan berkata, kebakaran mungkin berpunca daripada litar pintas pada kotak suis kawalan eskalator terbabit, namun siasatan lanjut sedang dijalankan.

"Kejadian tidak membabitkan kemalangan jiwa dan pihak pengurusan kini menutup operasi eskalator kepada awam sebagai langkah keselamatan," katanya.

Artikel Berkaitan: