RISDA komited bangunkan usahawan luar bandar

A
A
A

Zulikram menjadi pengeluar daging arnab dengan produk arnab perap, sate arnab dan rendang arnab.
Zulikram menjadi pengeluar daging arnab dengan produk arnab perap, sate arnab dan rendang arnab.

PONTIAN - Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) komited membangunkan usahawan luar bandar dalam pelbagai bidang sekaligus mampu menjana ekonomi.

Pelbagai bantuan diwujudkan RISDA bagi membantu memajukan usahawan dengan memberi peluang mereka menjalankan perniagaan dengan lebih bersistematik.

Bertempat di Stadium Mini Pontian, RISDA turut mengambil bahagian menyertai Program Mini Karnival Usahawan Desa Pontian (KUD@Pontian) anjuran Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) dengan menampilkan pelbagai usahawan bimbingan RISDA yang berjaya dalam pembuatan makanan, kraftangan, spa dan kecantikan.

Usahawan daging arnab, Zulikram Ramli

Zulikram menjadi pengeluar daging arnab dengan produk arnab perap, sate arnab dan rendang arnab.
Zulikram menjadi pengeluar daging arnab dengan produk arnab perap, sate arnab dan rendang arnab.

Mula mengeluarkan produk berasaskan daging arnab antaranya arnab perap, rendang arnab dan sate arnab menerusi sejak dua tahun lalu, Zulikram Ramli, 45 tidak menyangka produknya laris dipasaran.

Artikel Berkaitan:

Justeru, Zulikram mengorak langkah menambah jumlah arnab yang diternak di Kampung Sri Jaya Tangkak menerusi Koperasi Komuniti Hybrid Selatan Berhad.

Beliau yang juga pekebun kecil RISDA tidak menyangka RISDA memberi pertolongan dengan menawarkan tawaran geran agromakanan baharu sebanyak RM50,000 pada tahun lepas bagi membantu meningkatkan keluaran daging arnab.

"Bantuan terbabit membolehkan saya menambah keluasan reban arnab, membeli baka arnab hibrid dan membina sangkar bertingkat dengan penggunaan teknologi dari luar negara.

"Secara tidak langsung, jumlah arnab diternak bertambah dan daging arnab bagi penghasilan produk makanan dapat ditingkatkan. Saya menyasarkan untuk menjadi pengeluar daging utama di selatan tanah air," katanya.

Bagi mereka yang berminat untuk produk berasaskan daging arnab keluaran Zulikram boleh menghubungi beliau di talian 012-5544374.

Usahawan cenderamata, Norahni Abd Wahab

Norahni bangga dengan perniagaan cenderamata yang diusahakan Kampung Parit Seraya, Benut, Pontian.
Norahni bangga dengan perniagaan cenderamata yang diusahakan Kampung Parit Seraya, Benut, Pontian.

Hanya dengan menghasikan produk cenderamata di rumah dan kemudian dipasarkan secara atas talian, siapa sangka perniagaan diusahakan Norahini Abd Wahab, 32 di Kampung Parit Seraya, Benut kini semakin mendapat sambutan.

Norahini yang merupakan generasi kedua pekebun kecil RISDA menerima geran bagi pembelian mesin sebanyak RM20,000 pada 2017 dari RISDA.

Katanya, pemberian geran terbabit bagi pembelian mesin laser pemotongan produk cenderamata, fotostat, pemotongan kayu yang membuatkan penghasilan produk cendermata dapat dihasilkan lebih cepat.

"Geran bagi pembelian mesin dari RISDA memberi nafas baharu kepada perniagaan cenderamata yang saya usahakan. Mesin terbabit digunakan sehingga hari ini bagi menghasilkan tempahan pelanggan dari seluruh negara.

"Malah tempahan ketika ini semakin bertambah terutama bagi produk penggantung kunci dan hiasan dinding. Kebanyakkan pelanggan dari luar seperti Melaka dan Kuala Lumpur. Mereka ini tahu mengenai produk cenderamata dikeluarkan atas nama Mastery Ra Art Entreprise menerusi laman sosial," katanya.

Sebarang tempahan cenderamata boleh hubungi terus Norahni di talian 011-55017999.

Kepada pekebun kecil RISDA yang berminat untuk menjadi usahawan bimbingan RISDA, mereka boleh melayari laman sesawang RISDA www.risda.gov.my untuk maklumat lanjut atau hadir ke pejabat RISDA berhampiran untuk mendapatkan khidmat nasihat.