PPV Mega ditutup bermula 16 Mac

PPV Mega ditutup bermula 16 Mac
PPV Mega ditutup bermula 16 Mac
A
A
A

SHAH ALAM - Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata, semua Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Mega akan ditutup bermula 16 Mac ini.

Beliau berkata, sehingga tarikh tersebut, vaksinasi Covid-19 secara jumpa terus (walk-in) masih dibuka.

Ia membabitkan PPV Axiata Arena Bukit Jalil dan PPV World Trade Center (WTC) Kuala Lumpur.

"Waktu operasi walk-in bermula jam 9 pagi hingga 6 petang,"katanya menerusi ciapan di Twitter pada Sabtu.

Kumpulan sasaran bagi kedua-dua PPV berkenaan adalah kanak-kanak berusia 5 hingga 11 tahun (dos 1) selain remaja 12 hingga 17 tahun (dos 1/ dos 2).

Sasaran turut membabitkan golongan dewasa 18 tahun ke atas membabitkan pengambilan vaksin dos 1, 2 dan penggalak (booster).

Artikel Berkaitan: