'Belum ada keperluan dos keempat'

Dr Noor Hisham menerima anugerah khas tokoh alumni Kolej Islam Klang (Alkis) yang disampaikan Presiden Alkis, Tan Sri Mohd Daud Bakar di Hotel TAMU di sini pada Sabtu.
Dr Noor Hisham menerima anugerah khas tokoh alumni Kolej Islam Klang (Alkis) yang disampaikan Presiden Alkis, Tan Sri Mohd Daud Bakar di Hotel TAMU di sini pada Sabtu.
A
A
A

KUALA LUMPUR – [DIKEMAS KINI] "Setakat ini tidak ada dos keempat", kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah yang menjawab dakwaan sesetengah pihak mengenai tambahan vaksin Covid-19 keempat.

Menurut Dr Noor Hisham, penerima vaksin hanya menerima dua vaksin premier dan satu dos penggalak dan tiada lagi vaksin keempat.

"Jika ada dos keempat, ia akan dikhususkan kepada golongan rentan termasuk penyakit kanser atau yang perlu dilindungi," katanya pada sidang akhbar selepas menerima Anugerah Khas Tokoh Alumni Kolej Islam Klang (Alkis) di Hotel TAMU di sini pada Sabtu.

Hadir sama, Presiden Alkis, Tan Sri Mohd Daud Bakar dan Pengetua Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS), Kamarul Ariffin Mohd Syarif.

Dr Noor Hisham turut menafikan dakwaan sesetengah pihak yang mengaitkan penyakit angin ahmar berpunca daripada vaksin terbabit.

“Covid-19 boleh menjangkiti paru-paru termasuk saluran darah selain membahayakan jantung. Ia juga boleh menjadi penyebab strok jika virus menyerang otak," katanya.

Tambah beliau, untuk kes strok sebelum pandemik berlaku, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merekodkan 90 hingga 120 kes sehari dan kes tetap sama walaupun 98 peratus golongan dewasa telah divaksinkan.

Beliau turut mengingatkan vaksin tidak menjadikan seseorang itu kebal daripada penyakit lain dan ujian mengesan penyakit perlu dilakukan untuk mengetahui sama ada ia berpunca daripada vaksin atau sebaliknya.

Artikel Berkaitan:

Beliau turut mengambil contoh kes harian tertinggi pada Jumaat yang mencecah 33,209 kes baharu.

“Walaupun kes tinggi, kemasukan hospital, penggunaan unit rawatan rapi (ICU) dan kematian tidak setinggi Julai dan Ogos tahun lalu.

“Ketika itu sebanyak 24,000 kes dan hospital sesak tetapi kini kes sebanyak 33,000 masih ada menjalankan pembedahan elektif, merawat es covid dan selain belum menghantar pesakit bukan covid ke hospital swasta.