Covid-19: Kes baharu di Sarawak kekal empat digit

No Image Caption
A
A
A

KUCHING - Jumlah kes baharu Covid-19 di Sarawak kekal empat digit apabila 1,333 kes dilaporkan pada Jumaat berbanding Khamis, 1,206 kes.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak dalam kenyataannya, berkata, antara tiga daerah yang mencatatkan jumlah kes tiga angka ialah Kuching dengan 450 diikuti Sibu (188) dan Miri (166).

"Pertambahan angka kes baharu hari ini menjadikan jumlah kumulatif jangkitan wabak tersebut di Sarawak sebanyak 263,623.

"Daripada jumlah kes baharu itu, empat kes melibatkan jangkitan paru-paru, memerlukan oksigen dan ventilator,” kata kenyataan itu pada Jumaat.

Selain itu, satu kes kematian dilaporkan pada Jumaat melibatkan seorang wanita berusia 35 tahun di bahagian Limbang. - Bernama

Artikel Berkaitan: