Kes terus meningkat, 32,467 jangkitan baharu

Kes baharu Covid-19 sekali lagi melepasi angka 32,000 kes pada Khamis, menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan akibat wabak tersebut sebanyak 5,537,137 kes.
Kes baharu Covid-19 sekali lagi melepasi angka 32,000 kes pada Khamis, menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan akibat wabak tersebut sebanyak 5,537,137 kes.
A
A
A

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Kes baharu Covid-19 sekali lagi melepasi angka 32,000 kes pada Khamis, menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan akibat wabak tersebut sebanyak 3,528,557 kes.

Kali terakhir mencatatkan angka melebihi 32,000 kes adalah pada 24 Februari lalu iaitu sebanyak 32,070 kes, berbanding Khamis (32,467 kes), menjadikannya yang tertinggi sejak wabak tersebut melanda negara.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah tersebut, 32,054 kes adalah penularan tempatan, manakala 413 lagi adalah kes import.

“Daripada jumlah kes baharu ini juga, 32,236 atau 99.29 peratus berada pada kategori satu dan dua, manakala 231 kes atau 0.71 peratus kategori tiga hingga lima,” katanya dalam satu kenyataan, pada Jumaat.

Mengulas lanjut, Dr Noor Hisham berkata, sebanyak 27,629 kes sembuh direkodkan, menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh kini sebanyak 3,197,298.

Menurutnya, bagi kes yang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) pula adalah seramai 355 orang dengan 208 lagi memerlukan bantuan pernafasan.

Katanya, penggunaan katil ICU bagi Covid-19 di Putrajaya mencatatkan 83 peratus, diikuti Kelantan (60 peratus), Kuala Lumpur (58 peratus), Selangor dan Johor masing-masing (57 peratus) serta Pulau Pinang (50 peratus).

“Bagi katil bukan ICU pula, 12 negeri mencatatkan pengisian lebih 50 peratus iaitu Selangor (111 peratus), Perak (105 peratus), Perlis (98 peratus), Kuala Lumpur (91 peratus), Putrajaya (88 peratus), Kelantan (74 peratus), Pahang (73 peratus), Johor (66 peratus), Terengganu (65 peratus), Perlis (63 peratus), Sarawak (62 peratus) dan Sabah (55 peratus).

Artikel Berkaitan:

“Bagi katil di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), hanya satu negeri sahaja menunjukkan peratusan lebih 50 peratus iaitu Melaka,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata, 11 lagi kluster baharu dikenal pasti, manakala jumlah kluster yang masih aktif adalah 466

Tambah beliau, kadar kebolehjangkitan (Rt) dalam negara adalah 1.01 dengan Sarawak mencatatkan nilai tertinggi iaitu 1.43, diikuti Perak (1.29), Terengganu (1.19), Negeri Sembilan (1.16), Kuala Lumpur (1.15), Pahang (1.13) dan Perlis (1.11), manakala lain-lain negeri mencatatkan Rt bawah 1.10.