23 mangsa banjir di Kelantan positif Covid-19

Kakitangan KKM sedang dalam operasi membersihkan kawasan yang dinaiki air.
Kakitangan KKM sedang dalam operasi membersihkan kawasan yang dinaiki air.
A
A
A

SHAH ALAM - Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan seramai 23 mangsa banjir di Kelantan disahkan positif Covid-19.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ia menjadikan jumlah kumulatif kes positif di Kelantan dan Terengganu adalah sebanyak 128 kes.

“Daripada 23 kes yang dilaporkan, sebanyak 17 kes telah dikesan melalui saringan kemasukkan ke pusat pemindahan sementara (PPS), manakala enam kes adalah kes Covid-19 yang telah diketahui (known case).

“Tiada kluster dalam kalangan mangsa banjir di PPS dilaporkan. Kesemua kes telah diasingkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) sebanyak lima kes, PPS Khas (tujuh), hospital (tiga) dan rumah (lapan),” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Daripada 30 fasiliti kesihatan terjejas banjir, sebanyak 27 dilaporkan beroperasi dan tiga yang masih tidak beroperasi melibatkan negeri Terengganu.
Daripada 30 fasiliti kesihatan terjejas banjir, sebanyak 27 dilaporkan beroperasi dan tiga yang masih tidak beroperasi melibatkan negeri Terengganu.

Tambah beliau, daerah yang dilanda banjir berkurang daripada sembilan kepada tujuh, manakala jumlah PPS berkurang daripada 94 pada hari sebelumnya kepada 49.

“Jumlah mangsa banjir menurun kepada 13,078 orang pada hari ini berbanding semalam (23,940),” katanya.

Dr Noor Hisham berkata, daripada 518 orang mangsa banjir yang diperiksa oleh pasukan perubatan di PPS, seramai 317 (61.1 peratus) orang diberi rawatan pesakit luar.

Artikel Berkaitan:

Jelasnya, terdapat 21 kes acute respiratory infection (ARI), lapan kes penyakit kulit dan satu kes acute gostroenteritis (AGE) dilaporkan.

“Tiada kes conjunctivitis, typhoid, kolera, leptospirosis dan denggi dilaporkan dalam kalangan mangsa banjir.

“Daripada 30 fasiliti kesihatan terjejas banjir, sebanyak 27 dilaporkan beroperasi dan tiga yang masih tidak beroperasi melibatkan negeri Terengganu,” ujarnya.